Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penerbitan UiTM (Degree Publishing UiTM). [Thoughts, Experience & Rants]
Hi dan Assalamualaikum. Hari ini saya tergerak hati untuk menulis tentang pengalaman saya sepanjang satu semester sebagai pelajar Degree (ODL) di UiTM Shah Alam, Selangor. Dah lama sebenarnya saya nak tulis, tapi asyik terlupa. Maklumlah, blog bukan lagi medium utama saya untuk menulis. Sekarang ini saya lebih gemar untuk menulis di Instagram. With that being said, saya merupakan seorang pelajar penerapan dari diploma Masscomm (Diploma in Communication and Media) UiTM Rembau. Ini bermakna, pengajian Degree saya di UiTM Shah Alam bermula dari semester 2. Selepas mendaftar dan diberi taklimat, pelajar penerapan perlu buat credit transfer. Hal ini akan diterangkan nanti oleh lecturer anda, jadi pay attention oki! Untuk rekod, saya sekarang baru semester 3. Hehe. BACHELOR OF MASS COMMUNICATION (HONS.) PUBLISHING Saya di UiTM Shah Alam tak lama pun. Dua - tiga minggu sahaja. Belum sempat biasakan diri pun dengan transition dari hutan (UiTM Rembau) ke bandar besar. Kemudian kami semua perlu ...