Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penerbitan UiTM (Degree Publishing UiTM). [Thoughts, Experience & Rants]

Hi dan Assalamualaikum. Hari ini saya tergerak hati untuk menulis tentang pengalaman saya sepanjang satu semester sebagai pelajar Degree (ODL) di UiTM Shah Alam, Selangor. Dah lama sebenarnya saya nak tulis, tapi asyik terlupa. Maklumlah, blog bukan lagi medium utama saya untuk menulis. Sekarang ini saya lebih gemar untuk menulis di Instagram.

With that being said, saya merupakan seorang pelajar penerapan dari diploma Masscomm (Diploma in Communication and Media) UiTM Rembau. Ini bermakna, pengajian Degree saya di UiTM Shah Alam bermula dari semester 2. Selepas mendaftar dan diberi taklimat, pelajar penerapan perlu buat credit transfer. Hal ini akan diterangkan nanti oleh lecturer anda, jadi pay attention oki!

Untuk rekod, saya sekarang baru semester 3. Hehe.

BACHELOR OF MASS COMMUNICATION (HONS.) PUBLISHING

Saya di UiTM Shah Alam tak lama pun. Dua - tiga minggu sahaja. Belum sempat biasakan diri pun dengan transition dari hutan (UiTM Rembau) ke bandar besar. Kemudian kami semua perlu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi memberi laluan kepada ujian besar dari Allah SWT untuk masyarakat dunia, Covid 19. Sebentar sahaja singgahnya Insya Allah. Semoga Allah bantu dan lindungi kita semua hendaknya.

Publishing? Apetu? Apeni?

Pertama sekali saya nak cerita sedikit tentang kefahaman saya tentang course ini. Sekiranya anda adalah pelajar dari diploma Masscomm yang pernah ambil subjek Publishing, dan masa belajar tu anda rasa macam "Eh belajar buat buku jela ek course ni nanti?", maka ketahuilah bahawa jawapan kepada soalan/persepsi anda adalah : Tidak.

You will learn more than that, and this course is so much more than just 'buat buku'. Masa diploma dulu kita belajar pasal types of binding apa semua kan? Nanti kat degree tak belajar dah perkara tu semua.

Apa yang anda perlu tahu mengenai course ini adalah, anda akan dilatih untuk memegang 'managerial function' dalam sesebuah syarikat penerbitan. Kalau nak ringkaskan tentang ape bende course ini sebenarnya, saya suka jelaskan begini pada orang, terutamanya orang yang berumur : "Basically course ni nak sediakan kami untuk jadi owner sebuah syarikat penerbitan, dan menjadi modal insan (ceh) yang boleh menjalankan roles dalam publishing process tersebut".

Nama pun course Publishing. Bukannya course Printing.

Printing, designing, writing, editing ini semua termasuk dalam proses Publishing. Ia adalah proses yang dilakukan sebelum sesebuah produk itu di materialisasikan. Ha. Proses sebelum buku tu jadi buku yang boleh anda pegang la. TAPI; fungsi publishing ini tidak hanya limited kepada buku sahaja ye! Masuk dulu Publishing, nanti korang akan belajar macam-macam, including tentang artificial intelligence, majalah, e-book, multimedia... itu... ini....

Kemudian, seorang publisher bukan sahaja perlu fikir tentang proses-proses di atas sahaja. Publisher juga perlu fikir tentang 'Business' dan 'Decision Making'.

Bagaimana nak market buku? Bagaimana nak handle pekerja? Bagaimana seorang editor nak jaga writer di bawah seliaannya? Bagaimana editor mahu decide manuskrip mana yang menepati syarat dan 'house style' penerbit? Bagaimana penulis nak pastikan manuskrip mereka diterbitkan? Bagaimana penulis nak pilih syarikat penerbitan yang tepat? Font apa nak digunakan untuk memastikan buku senang dibaca? Body copy tu nak kena justify atau tak? Saiz apa yang sesuai untuk buku jenis ini? Senang tak buku ini dipegang?Adakah cover buku ini menggambarkan isi buku tersebut? Bagaimana nak decide cara apa nak jual buku? Berapa banyak buku nak letak di kedai buku? Berapa peratus royalti perlu beri pada penulis? Berapa banyak majalah perlu dicetak setiap bulan? Ada berapa issue dalam satu bulan? Berapa peratus pula komisyen yang perlu diberi pada kedai buku? Macam mana nak build reputation? Bagaimana mahu jaga hubungan?

Dan banyak lagi.... Persoalan.... Yang anda perlu fikirkan jawapannya sekiranya anda adalah seorang publisher. Uwuwu. Kecuaian/kesilapan dalam satu proses akan mengakibatkan masalah pada proses-proses seterusnya, dan akan merugikan syarikat, jadi setiap keputusan adalah sangat penting dan mempunyai impak yang besar.

Kena pandai design ke baru boleh masuk Publishing? :o

Bila tengok course outline untuk Publishing ini, di semester 1 anda perlu belajar Graphic Design (Sekiranya anda dari diploma Masscomm, boleh buat pengecualian kredit untuk subjek ini). Pada semester 2 pula ada subjek Typography serta subjek Book Design. Setakat ini, dua subjek ini merupakan subjek kegemaran saya.

Untuk menjawab soalan kita tadi : Kena pandai design ke kalau nak masuk publishing?

Begini ceritanya. Tidaklah perlu pandai, cuma sekiranya anda mahu perjalanan semester 2 anda (dan semester seterusnya) untuk berjalan dengan lancar, adalah sangat bagus sekiranya anda ada asas/pengetahuan untuk guna software-software seperti : Adobe Indesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dll.

Perkara yang saya sesali adalah kerana saya tak ingat cara guna Adobe Indesign selepas habis diploma. Nasib baik kerana ODL dan tak semua laptop mampu support software tu, lecturer beri kelonggaran untuk guna mana-mana software yang kami selesa gunakan bagi menyelesaikan assignment book redesign kami. Ada yang guna Canva juga. Kalau di kampus, semua orang wajib guna Adobe Indesign dan Adobe Photoshop sebab assignment akan dibuat di lab.

Berikut adalah antara sampel hasil kerja saya bagi subjek Book Design.

SEBELUM

Dari kiri : Spine, Front Cover & Back Cover buku yang sebenar.

SELEPAS

Book Cover

Book Jacket

Book Jacket (Untuk Individual assignment)

CONTENT BUKU (SEBELUM DAN SELEPAS)







Click kalau mahu tengok dengan lebih jelas oki. Nampak bagaimana kami perlu tukar banyak elemen dari buku sebenar untuk jadikan buku ini lebih menarik? Perlu juga tukar saiz untuk jimatkan ruang, sebab sebenarnya satu page pun dah muat elemen untuk satu monster. Kami juga tambah simbol dan besarkan saiz illustrations untuk tarik perhatian pembaca. Ada juga tambahan captions pada gambar. Semua keputusan ini perlu dibuat elok-elok bagi memastikan pembaca dapat pengalaman best semasa membaca ecece


Lagi satu soalan mengenai design dan publishing yang saya pernah dapat : Kenapa eh kena belajar design ni? Kenapa kena belajar typography semua ni?

Kenapa kena belajar design ni semua? Tadi cakap pasal owner company la apa la. Buat apa nak belajar semua benda ni? Nanti hire jelah graphic designer untuk company!

Seorang ketua perlu tahu apa yang bagus dan apa yang tidak untuk membuat keputusan yang betul. Macam mana nak memimpin dan 'membetulkan' sekiranya kita pun tiada ilmu dalam bidang tersebut? Memanglah kerja-kerja seperti designing akan diberikan kepada graphic designer, tetapi anda sebagai seorang publisher yang faham tentang 'what works and what doesn't' berkaitan dengan produk awak sendiri. You will be the one to give directions and help give ideas to improve their work to fit what your book's needs. You are the one who understands what font fits and what doesn't.

Publishing ini course yang tak famous ke? 
Publishing ni senang ke kalau dibandingkan dengan course Masscomm yang lain?

Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya beritahu segelintir kawan-kawan bahawa saya pursue Publishing, mereka sedikit terkejut. "Kenapa tak ambil PR?" "Lah, ingatkan Pipo advertising :(" "Hm... Kenapa Publishing..... :/"

Bagi saya, apa yang penting adalah apa yang anda sendiri mahukan dalam kehidupan. Saya ada kisah yang panjang serta pendirian tersendiri mengapa saya pursue Publishing. Walaupun ramai yang encourage saya untuk pilih course lain yang kedengaran lebih prominent namanya seperti Public Relations dan Advertising - sebab mereka fikir saya BiJak dan pAnDai DeSiGn.

Kata kunci : Mereka fikir. Bukan saya ye, Mereka. Hahaha.

Tiada course yang senang dan tiada course yang susah. Bagi saya, semuanya bergantung kepada anda sendiri.

Pada pendapat saya, janganlah pandang terlalu tinggi atau terlalu rendah kepada apa-apa pun perkara, dan janganlah membandingkan (terutamanya apabila melibatkan pelajaran/course universiti) kerana semua cabang pengetahuan adalah penting. Semua orang juga punyai kemahiran sendiri. Semua perkara memainkan fungsi penting yang tersendiri dalam masyarakat.

Doktor takkan boleh pakai 'scrubs' yang bersih sekiranya tiada tukang cuci yang mencuci. Tiadalah kawasan yang bersih tanpa si tukang sapu. Tiadalah jambatan yang selamat tanpa si engineer yang bertanggungjawab, kontraktor yang telus dan tukang-tukang yang gagah perkasa.

Kita semua - terutamanya di dalam bulatan Masscomm kita ini, saling memerlukan. Publisher perlukan people with advertising knowledge untuk iklankan bukunya. PR person perlukan journalists untuk tulis mengenai syarikat seliaan mereka. CIT people diperlukan untuk bantu merangka sistem yang rumit-rumit untuk memudahkan kerja kita semua. Kalau saya mahu elaborate lagi tentang betapa kita semua perlukan each other, sampai bila pun blogpost ini takkan habis.

Pilihlah course yang anda mahu berdasarkan kriteria apapun, kecuali 'Course ni famous' dan 'Nak nampak bijak' hahaha. Kalau kita mahu borak tentang 'Course mana satu senang dapat kerja?" lagilah sampai bila pun tak habis.

Paling penting - jangan pandang rendah pada diri sendiri hanya kerana orang pandang rendah pada apa yang awak pilih. Life issa choice, bebeh. You go be great in whatever you choose, tak kisahlah apa pun pendapat orang lain.

Whatever you choose, just try to do your best at it. Kalau nak sambung belajar, belajar sungguh-sungguh. Kalau nak kerja, kerja sungguh-sungguh. Kalau nak kawin, kawin sungguh-sungguh! Eh?

Conclusion?

Kesimpulannya I personally think that Publishing is a misunderstood course. Masa diploma, saya pun taknak pilih Publishing sebab sepanjang saya belajar dulu, Publishing lah satu-satunya subjek yang saya tak dapat A! Saya dapat B+ je hahaha. Saya pun pernah cakap dengan Madam Amirah dan Madam Nisha bahawa "Tapi Publishing tu belajar sendiri pun boleh. Tak pursue Publishing pun boleh jadi Publisher"

KAHKAHKAH BETAPA NAIF DAN ODDO NYA AQUE DULU YE. Lain kali kalau tak cukup ilmu, diam diam je! Nanti ko makan diri ahahahaha

Saya baru sahaja semester 3. Setakat ini saya agak lost la sebab saya belum atur segala assignment saya elok-elok lagi untuk semester ini. Kalau berminat nak tahu course outline untuk Publishing ni, rajin-rajinkan diri untuk lawat website UiTM. Insya Allah ada di sana.

Thank you for reading this very long entry, I hope you guys gain something out of it.

Lots of love,
Po.

Comments

Popular Posts