Kek Batik Cadbury.... yang tersakiti.

GrApHic DesIgN iS mY PaSSi0n
Assalamualaikum and hello. I hope you people are taking care of your (mental and physical) health well.

This will be the recipe of a kek batik I recently made. This is my first time doing a different kek batik version than what I usually do. Ingredients wise, you might feel that kek batik is a very easy dessert to make, but the way you make it or the amount of the ingredients you use will definitely alter the taste, texture and overall look of this cake.

I have a lot to ramble but let us first start by getting to know all the things you need for this little experiment. Remember, you will need to use fire. Please make sure an adult is with you if you are a child, or if you are prone to spilling things. Ah, you can also get a friend or family member to join you to make this, for a really cute bonding session or just as motivation.

I made this alone because that's what I do when I am sad/troubled. I spend some (hours of) time with myself.

Resipi Kek Batik

Look @ all the copyrighted pictures that I use w/o permission lol
Warning : Ukuran mengikut naluri hatiku.

1. 200gm butter/mentega. I used the salted one. Kalau anda guna yang unsalted, nanti masa masak tu tambah sikit garam.

2. 1/2 cawan serbuk koko.

3. 3/4 cawan serbuk milo. Nak kurangkan sikit pun takpe.

4. 3/4 cawan susu pekat manis. Hampir setengah tin susu tu. Hampir, bukan tepat.

5. Sepaket biskut marie yang dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Dalam sepaket ni ada 4 row biskut, saya pakai 3 row je.

6. Sebiji telur.

7. 3/4 cawan air panas (boleh digantikan dengan susu cair)



Cara-cara membuat kek batik :

1. Sediakan kuali dan senjata untuk digunakan sebagai penggaul (senduk). Pastikan anda menggunakan api yang kecil.

2. Cairkan 200gm butter di dalam kuali. Ingat, api kecil! Setelah butter cair sepenuhnya, tutup api.

3. Masukkan 3/4 cawan susu pekat manis ke dalam kuali. Masukkan air panas ke dalam cawan yang sama dan tuangkan ke dalam kuali.

4. Masukkan 1/2 cawan serbuk koko dan 3/4 cawan serbuk milo ke dalam kuali.

Nisbah serbuk milo dan serbuk koko ini anda boleh ubah ikut citarasa. Yang tak mahu serbuk
milo, guna sajalah 3/4 cawan serbuk koko dan adjust amaun susu pekat anda (tambah sedikit lagi) untuk mengelakkan kek anda dari menjadi pahit. Anda perlu bermain dengan jumlah serbuk koko/milo dan susu manis yang anda guna. Hentam jela asalkan kau rasa kau boleh makan tu dah la.

5. Sekiranya butter anda tadi adalah unsalted butter, tambahkan sedikit garam ke dalam kuali. Masukkan sebiji telur.

6. Buka api kecil dan gaulkan kesemua bahan tadi dengan pantas dan rata untuk mengelakkan serbuk milo/koko dari berketul.

7. Setelah rata dan bahagia semuanya, tutup api. Jangan buka api lama-lama setelah rata (tanpa menggaul), nanti bahagian bawah hangus.

8. Masukkan biskut marie anda. Gaulkan sebati. 

9. Letakkan ke dalam loyang/bekas yang beralas parchment paper. Kalau taknak alas pun takpe. Alas ni sebab ada orang suka keluarkan dari loyang dan potong kek jadi kecil kecil.


Now the topping part is where I messed up big time. Masa buat topping ni, pengetahuan baking aku semuanya hilang entah kemana sebab aku dah penat. Masa nak buat topping ni, it was already 10pm. Aku terletak banyak serbuk koko pada kek jadi kek aku kurang manis, aku pun terus rasa macam aku ini adalah seorang manusia yang gagal. I was so emotionally drained also, so I was doing things just for the sake of doing it. Hmm.


Resipi Sos Cadbury.... Yang tersakiti.

Please remember! Bahawa ini adalah resipi yang tak jadi dan sepatutnya tak wujud. Untuk resipi sebenar, tunggu resipi tak jadi yang merepek ni habis dulu. XD

1. Sekotak kecil whipping cream Emborg. 300gm? 200gm? Tak ingat XD

2. Sepaket (satu bar) coklat Cadbury original (Paket besar yang kau selalu belikan untuk girlfriend tu)


Cara-cara untuk membuat Sos Cadbury Apipo.... Yang Tersakiti....

1. Sediakan double-boiler. Apa itu double-boiler? Klik sini.


2.  Dalam mangkuk, tuangkan sekotak whipping cream tanpa berfikir waras. Kemudian potong coklat dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Gaulkan sehingga sebati dan smooth. Masukkan sesudu kecil butter. Tutup api dan alihkan mangkuk dari periuk anda.

3. Bila anda sedar bahawa anda merepek dan coklat itu tak cukup langsung untuk jadi tekstur topping ala ala kek batik indulgence, sejukkan sos cadbury anda sebentar di dalam peti sejuk.

4. Kemudian cari mixer anda dan pukullah sos tadi sehingga pekat, atau sehingga anda sedar yang ia takkan kembang seperti whipping cream, sebab anda merepek.

5. Give up dan tuang sahaja sos tersebut pada kek batik anda. Sejukkan semalaman. Taburkan serbuk milo menggunakan penapis, menutupi keseluruhan permukaan kek, untuk menutupi kesilapan lalu anda.

Cara-cara untuk membuat Topping Cadbury untuk kek batik, yang sebenar.

(Guna step 1 dan 2 dari cara di atas, menggunakan bahan bahan ini. Kemudian tuangkan ke atas kek. Sejukkan semalaman/beberapa jam.)

Cara 1

1. Sekotak kecil whipping cream.
2. 3 bar coklat Cadbury (3 paket besar tu)

Cara 2 

1. Sekotak kecil whipping cream.
2. Beberapa ketul kecil coklat cadbury
3. Coklat masakan (Saya jenis main agak agak je, saya tak tahu ukuran. Tapi make sure tak lebih dari whipping cream, dan tak terlalu sedikit. Nisbahnya mungkin 1 cawan whipping cream : 3/4 cawan coklat masakan)


Yo. Was this a roller coaster ride? Yes. Gila kau. Aku stress masa buat kek ni. Macam-macam hal jadi bila tak guna otak sepenuhnya. Namun begitu ini adalah sebuah proses pembelajaran. Sos Cadbury tu aku pada mulanya anggap sebagai sebuah kegagalan yang teruk, namun setelah aku rasa gabungan kek batik borderline pahit aku dan sos cadbury cair hidup segan mati tak mahu itu - aku rasa macam aku ni dah layak tulis buku resipi. XD

Aku buat kek batik ni sebab Mimi request, jadi dia bagi aku duit untuk beli bahan dan aku pun buatkanlah kek ni. Dah macam laki bini la pulak kan. Hahaha. Dan malam tu aku murung kerana sesuatu, jadi aku pun terus decide untuk buat kek ni walaupun hari dah jauh malam. Biasanya aku tak rasa apa yang aku buat sampailah benda tu siap, adik aku pulak dah tidur, jadi terhasillah kepelikan di sana sini.

Kek tak manis, sos cadbury pulak rasanya okay. Cuma bukan apa yang aku expectlah. Tapi both of these 'broken' creations go along so well... In my opinion *cough.

Oklah itu sahaja hari ini. Babai. Love you (eh tiba-tiba ye). XD

Comments