The Author



What am I?

Aku Pipo. Apparently a human teenager. Semasa aku tulis ini, umur aku 19 tahun. Lahir pada 5 Jun 1998, bukan info yang penting sekiranya kita strangers mahupun sahabat baik- kerana kata apak aku, kalau setiap tahun mahu sambut, beri hadiah dan kejutan, sampai bila pun takkan habis lol. Aku suka menulis dan kadangkala suka membaca. Suka berpura-pura cerdik dan acah-acah berintelektual tinggi. Aku belum fikirkan lagi apa prinsip hidup yang mahu aku pegang tapi aku bercita-cita mahu jadi manusia berguna.

Aku suka pelbagai benda. Antaranya belon, air krisantimum, jus buah, air kotak kiwi dan asam. Tapi tak banyak perkara yang aku tidak suka. Cuma aku betul-betul tak boleh tanam sikap toleransi untuk warga lipas, semut, sayur, makanan pedas bercili-cili dan kadangkala- Matematik. Kadang-kadang saja. 
Selalu tertidur masa tengok youtube, merajuk tanpa asbab, dengar orang tua membebel perihal dunia, menyanyi lagu tiga kupang dan sikat rambut tengah malam.
Sekarang menuntut ilmu di UiTM Lendu. Diploma in malas ah nak taip panjang-panjang.

Aku tak tahu mengapa aku gigih menceritakan perihal diri aku di sini sedangkan tiada siapa yang mahu kisah. LOL. 

On second thoughts, suka hati akulah nak tulis apa. XD

Comments