Bakal Suami dan Resipi Waffle.

Me and Jana at my soulmate's engagement ceremony.


Assalamualaikum.

Seperti biasa saya cuma kesini apabila ada perkara yang mahu saya simpan lama, atau ada perkara yang tak mampu saya luah di media lain. Semalam merupakan hari yang menandakan umur saya genap 23 tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tidak expect apa-apa dari siapa-siapa. Saya dah tua, dan kerana dari kecil pun saya tidak dibiasakan untuk menerima hadiah dan kek pada hari lahir saya, saya tidak pernah mengharapkan ingatan, hadiah atau kek. Saya rasa hadiah hari jadi yang pertama sekali saya terima dalam hidup saya adalah dari Bella, ketika kami berusia 8 tahun. Bella dari kecik dah mencintai saya ek XD

Namun begitu Allah baik sungguh - semua yang tidak saya harapkan itu Allah beri dengan melimpah ruah dan saya rasa tidak layak langsung untuk menerima semua kata-kata baik, penghargaan, hadiah dan cinta yang diberikan oleh orang sekeliling saya. Namun begitu, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih.

Anyway, tahun ini 90% wish birthday mempunyai content generic yang mendoakan saya supaya sihat tubuh badan, gembira sehingga ke hari tua, dimurahkan rezeki dan dapat berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Biasanya bila ada orang hari jadi, ayah saya akan selalu pesan kepada saya untuk doakan supaya member saya tu dapat jodoh yang baik. Tapi yang anehnya bapa saya tak pernah pula berbicara tentang topik tersebut bersama saya.

Ada pun bapa saya pesan supaya jangan percaya lelaki (beliau sertakan pesanan ini bersama bukti-bukti seram).

Tahun ini pula saya dapat sebuah amanat yang sangat aneh dari Emak saya. Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba beliau ajak saya borak mengenai jodoh dan bakal suami. Saya agak speechless, sehingga Mak saya terpaksa menukar topik dan ajak borak perkara yang lebih ceria hahaha. Saya abadikanlah di sini, ya. Bukan selalu Mak saya berpesan mengenai perkara seperti ini. Saya rasa ini kali pertama.

"Kakak nanti cari bakal suami,
biar cari yang ada agama. 
Tak kaya tak apa. 
Tak berharta tak apa. 
Duit boleh cari, tapi duit pun boleh habis. 
Harta pun boleh cari, boleh hilang. 
Tapi agama tu bawa sampai ke mati. 
Tengok Ayah tu. Carilah yang macam itu. 
Dulu nenek cakap, 
Ayah tu memang tak ada harta. 
Tapi dia ada agama. 
Tau. Ingat." 

Saya diam saja. Manalah saya tahu nak reply apa. Perkara sebegini adalah topik yang sedikit sensitif untuk jiwa cotton candy saya. Walaupun saya hidup setiap hari dengan semangat untuk menjadi manusia ceria dan positif (mungkin cuma lakonan ek :P)- Ada perkara yang sampai bila-bila pun saya takkan lupa. Benda yang dah ubah cara saya lihat diri saya. Perkara yang buat saya rasa sampai bila-bila pun saya tidak akan pernah 'cukup'.

Tidak cukup baik, 
tidak cukup cantik, 
tidak cukup itu dan ini, 
tidak cukup bijak,

mungkin dilihat terlalu emosi kepada mereka yang tidak tahu membezakan antara luahan perasaan dengan emosi yang tidak berasas - terlalu ekspresif dengan cerita pendek panjang berjela dan puisi pendek di caption instagram yang sentiasa, tanpa gagal, menyesakkan jiwa setiap kali saya baca kembali. 

Saya tak rasa saya layak untuk jadi companion sesiapa pun sekarang. Cumanya saya tak mahu kutuk diri lebih-lebih kerana saya mahu belajar untuk hormati proses. Kalau kita boleh sabar tunggu pokok membesar dari pucuk, kemudian keluar bunga dan buah - mengapa mahu buli diri sendiri yang sedang juga bertatih untuk belajar mematang?

Untuk jumpa orang yang baik, saya perlulah jadi baik dahulu. Dan sejujurnya label 'perempuan baik' itu masih sesuatu yang tersangat jauh dan samar-samar. Perkara berkaitan cinta dan asmara (XD saja nak bagi ayat sedap) juga bukan sesuatu yang saya mahu capai dalam masa terdekat ini. Sekarang masih fasa penyembuhan hati yang pernah merepek bertahun-tahun. Fasa menuntut ilmu, fasa mencari diri dan tujuan hidup. 

Fasa belajar hidup bertuhan. Fasa mengenal tuhan yang telah lama sangat saya tinggalkan. 

Tapi pesan Emak itu akan saya semat di minda, juga di ruangan sepi ini. Untuk rujukan suatu hari nanti - suatu hari yang mungkin takkan kunjung tiba. Buat masa ini saya tak ada pandangan positif terhadap topik ini. Saya lebih menjurus kepada guna lawak delusional berkaitan dengan Taemin sebagai coping mechanism. XD 

Saya untung selalu ada kawan-kawan yang doakan benda baik-baik. XD
Anyway bapak saya pesan already - No pelamin pelamin! Bapak saya telah menyediakan guideline ketat untuk dipatuhi nanti bila saya kawen lol



Anyway, ini resipi waffle yang kalian request. 

WAFFLE PO (rangup luar, lembut di dalam - seperti po juga kakaka) 

BAHAN KERING 
Tepung serbaguna - 225g 
Tepung jagung/tepung beras - 60g 
Serbuk penaik - 1 sudu teh 
Soda bikarbonat - 1/2 sudu teh 
Garam - 1/2 sudu teh 

p/s : Jangan lupa tapis dulu serbuk penaik dengan soda bikarbonat. Yang lain tu tak ada masalah sangat kot. 

BAHAN BASAH 
Minyak sayuran (Saya pakai minyak bunga matahari) - 3/4 cawan (175g cemtu kot) 

ok sini korang boleh buat pilihan : 
 Plain yogurt/Buttermilk - 1 cawan (250g) 
Susu - 1/2 cawan (125g) 

ATAU 

Susu - 1 1/2 cawan (375g - aku pakai dua kotak kecik susu dutch lady je) 

Telur - 2 biji (kocak awal awal supaya senang campur) 
Esen vanilla - 2 sudu teh 
Gula - 3 sudu besar (adjust sendiri, aku sula 3 sudu ni sebab tak manis, tak tawar. Kalau buat kurang manis, kena bergantung kat manis topping. Pandai pandai k adjust!) 

CARA-CARA 
1. Campur semua bahan kering dalam satu mangkuk besar. 
2. Campur semua bahan basah dalam satu lagi mangkuk. Whisk sampai sebati tercampur. 
3. Masukkan bahan basah yang telah dicampurkan ke dalam mangkuk bahan kering. (INGAT: BASAH TO KERING. NOT KERING TO BASAH!) 
4. Whisk elok elok. Jangan overmix. Ada sikit sikit tepung tak larut tu takpe. Jangan risau sangat, nanti dia oki je. Saya promise. 
5. K tuang la kat waffle maker and masak macam biasa. 

Ok sekian. Saya nak pergi buat assignment. Formatting post ni nanti la saya betulkan! malas nak buka laptop uhuk.

Comments